Artikel Terkini

Terlampau Memuji Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam?

Saturday, April 2, 2011

Di dalam keghairahan majoriti umat Islam memuji dan menjunjung Rasulullah SAW dalam menyambut Mawlid Baginda SAW, terdapat juga suara-suara yang menimbulkan salah-faham dengan mendakwa bahawa puji-pujian terhadap Rasulullah SAW adalah suatu yang melampau dan terpesong daripada ajaran Islam.

Antara sandaran utama golongan ini ialah sabda Rasulullah SAW: "Janganlah kamu melampau-lampau memujiku sebagaimana kaum Nasrani melampau-lampau memuji Isa ibnu Maryam." Sebahagian orang memahami sabda Nabi SAW di atas dengan makna melarang daripada memuji Baginda SAW Mereka mengira perbuatan memuji Nabi SAW termasuk dalam perbuatan yang melampau dan sikap berlebihan yang tercela dalam agama, yang boleh mengakibatkan syirik.

Mereka juga beranggapan, bahawa orang yang memuji Nabi Muhammad SAW, mengangkat kedudukan Baginda SAW melebihi daripada manusia yang lain, menyanjungnya dan menyifatkan Baginda SAW dengan apa saja yang membezakannya daripada manusia yang lain, bererti telah melakukan bidaah dalam perkara agama dan menyanggahi Sunnah Penghulu segala Rasul SAW. Ini adalah pemahaman yang salah dan buruk serta menunjukkan kecetekan pandangan orang yang menilai hadis tersebut.

Maksud sebenar hadis ialah Nabi Muhammad SAW melarang memujinya secara keterlaluan sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Nasrani terhadap Nabi Isa AS yang mengatakan bahawa Nabi Isa AS itu adalah anak Allah. Adapun orang yang memuji Nabi SAW dan menyifatkannya dengan sifat-sifat yang tidak terkeluar daripada hakikat kemanusiaan, di samping meyakini bahawa Baginda SAW adalah hamba Allah dan utusan-Nya, dan menjauhi keyakinan dan kepercayaan kaum Nasrani, maka sesungguhnya tidak disyaki lagi merupakan orang ini adalah yang paling sempurna tauhidnya.

Tepatlah madah Imam al-Busiri RH dalam qasidah Burdahnya yang menegaskan, "Tinggalkan cara orang Nasrani (Kristian) dalam menyanjung Nabi mereka (Nabi Isa AS). Ertinya: Jangan katakan Muhammad SAW itu mempunyai sifat-sifat ketuhanan). Selepas itu, terserahlah kepadamu untuk memuji Baginda SAW sesuka hati mu. Kerana hakikatnya keagungan Rasulullah SAW itu tiada had baginya, sehingga mampu lidah mengungkapkannya secara sempurna.

Kemuncak pengetahuan mereka tentang diri Baginda SAW mereka hanya mampu mengatakan bahawa Baginda SAW itu adalah seorang manusia, yang sebenarnya merupakan semulia-mulia di kalangan makhluk Allah seluruhnya." Mana mungkin dikatakan bahawa memuji Baginda SAW itu salah sedangkan Allah SWT sendiri memuji Nabi-Nya, melalui beberapa firman-Nya termasuk: Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat mulia. (al-Qalam: 4)

Allah juga memerintahkan supaya umat manusia sentiasa beradab bersama Nabi SAW sama ada ketika berbicara mahupun menjawab panggilannya. Allah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suaramu melebihi suara Nabi. (al-Hujuraat: 2)

Allah SWT juga melarang kita daripada berurusan dan bergaul dengan Nabi SAW sebagaimana kita berurusan dan bergaul sesama manusia yang lain, atau memanggil Baginda SAW sebagaimana cara kita memanggil sesama kita. Allah SWT berfirman: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (al-Nur:63). Tapi hari ini ada yang menyatakan bahawa menggelarkan Nabi SAW dengan “Sayyidina” itu sebagai salah dan melampau.

Mana mungkin memuji Nabi SAW itu sesat sedangkan para Sahabat RA yang mulia sering memuji Rasulullah SAW. Antara yang terdekepan dalam bab ini ialah Saidina Hassan bin Thabit RA sehingga telah diletakkan satu minbar khas baginya dalam Masjid Nabawi ketika zaman Nabi SAW lagi untuk memuji dan mempertahankan Baginda SAW. Maka antara syair Hassan ibn Thabit RA ialah:

“Wahai tiang tempat bersandar orang yang bersandar! Tempat berlindung orang yang berlindung kepadanya! Tempat meminta tolong orang yang kesusahan, dan penyelamat orang yang memohon penjagaan! Wahai makhluk pilihan Allah bagi makhlukNya! Maka Allah menganugerahkan kepadanya akhlak yang suci bersih; Engkau adalah Nabi dan sebaik-baik keturunan Adam. Wahai Nabi yang pemurah bagaikan limpahan lautan yang luas!”.

Rasulullah SAW juga ada memuji dirinya sendiri agar kita semua tahu kadar kedudukan Baginda SAW seperti sabdanya :”Aku adalah sebaik-baik golongan kanan (yang beruntung mendapat nikmat syurga).”“Aku adalah sebaik-baik golongan yang lebih dahulu memasuki syurga.”“Aku adalah anak Adam yang paling bertaqwa dan mulia di sisi Allah, tidaklah aku bermegah-megah dengannya.” (Imam Tabrani dan al-Baihaqi di dalam al-Dala’il).

Pada kesempatan yang lain, Baginda S.A.W bersabda: “Aku adalah manusia yang paling mulia di antara manusia-manusia yang terawal dan terakhir dan tidaklah aku bermegah-megah dengannya.” (riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi) Di dalam hadith lain pula Abu Sa’id berkata: Sabda Rasulullah SAW: “Aku adalah penghulu anak Adam pada hari Kiamat; dan tidaklah aku berbangga-bangga dengannya. Di tanganku terdapat Liwa’ al Hamdi (bendera yang dipuji); aku juga tidak bermegah-megah dengannya. Tidak ada seorang Nabi pun pada hari itu (Kiamat); baik Adam mahupun yang lain, kecuali semuanya berada di bawah naungan benderaku. Aku juga orang pertama yang dibongkarkan dari bumi dan tidaklah aku berbangga dengannya.” (Riwayat Imam al-Tirmizi).

Maka saya menyeru kepada semua kaum muslimin dan muslimat, marilah kita memurnikan kefahaman kita dengan menjauhi sangka buruk terhadap mereka yang memuji, menyanjung dan mengagungkan Nabi SAW. Sesungguhnya kemuliaan Nabi SAW itu begitu tinggi hingga terbuka ruang yang begitu luas untuk kita memuji dan mengungkapkan selawat dan salam ke atas Baginda SAW dengan secanggih yang kita mampu. Manakala batasannya pula adalah terhad dan sempit iaitu jangan sampai menafikan sifat asasi Nabi sebagai manusia dan hamba Allah SWT. Semoga Allah SWT mengizinkan kita tergolong di kalangan hamba-hambaNya yang sentiasa memuji dan berselawat ke atas kekasihNya, Nabi Muhammad SAW.

Sumber : http://yayasansofa.blogsome.com/2011/02/22/289/

Tokoh Ulama Hadith - Imam Bukhari Rahimahullah

BIOGRAFI IMAM BUKHARI

Nama: Muhammad bin Isma'il bin Ibrahim bin al Mughirah bin Bardizbah.

Kunyah beliau: Abu Abdullah

Nasab beliau:

Al Ju'fi; nisabah Al Ju'fi adalah nisbah arabiyyah. Faktor penyebabnya adalah, bahawasanya al Mughirah datuk Bukhari yang kedua masuk Islam berkat bimbingan dari Al Yaman Al Ju'fi. Maka nisbah beliau kepada Al Ju'fi adalah nisbah perwalian

Al Bukhari; yang merupakan nisbah kepada negeri Imam Bukhari lahir

Tanggal lahir: Beliau dilahirkan pada hari Jum'at setelah salat Jum'at 13 Syawwal 194 H

Tempat lahir: Bukhara

Masa kecil beliau: Bukhari dididik dalam keluarga yang berilmu. Bapanya adalah seorang ahli hadits, akan tetapi dia tidak termasuk ulama yang banyak meriwayatkan hadits, Bukhari menyebutkan di dalam kitab tarikh kabirnya, bahawa bapaknya telah melihat Hammad bin Zaid dan Abdullah bin Al Mubarak, dan dia telah mendengar dari imam Malik, karena itulah dia termasuk ulama bermadzhab Maliki. Ayahnya wafat ketika Bukhari masih kecil, sehingga dia pun diasuh oleh sang ibu dalam keadaan yatim. Akan tetapi ayahnya meninggalkan Bukhari dalam keadaan harta yang cukup serta halal dan berkat. Bapa Imam Bukhari berkata ketika menjelang kematiannya; "Aku tidak mengetahui satu dirham pun dari hartaku dari barang yang haram, dan begitu juga satu dirham pun hartaku bukan dari hasil yang syubhat."

Maka dengan harta tersebut Bukhari menjadikannya sebagai media untuk sibuk dalam hal menuntut ilmu.

Ketika menginjak usia 16 tahun, dia bersama ibu dan kakaknya mengunjungi kota suci, kemudian dia tinggal di Makkah dekat dengan baitullah beberapa saat guna menuntut ilmu.

Kisah hilangnya penglihatan beliau: Ketika masa kecilnya, kedua mata Bukhari buta. Suatu ketika ibunya bermimpi melihat Khalilullah Nabi Ibrahim 'Alaihi wa sallam berujar kepadanya; "Wahai ibu, sesungguhnya Allah telah memulihkan penglihatan puteramu karena banyaknya doa yang kamu panjatkan kepada-Nya." Menjelang pagi harinya ibu imam Bukhari mendapati penglihatan anaknya telah sembuh. Dan ini merupakan kemuliaan Allah subhanahu wa ta'ala yang di berikan kepada imam Bukhari di kala kecilnya.

Perjalanan beliau dalam menuntut ilmu

Kecerdasan dan kepandaian beliau

kecerdasan dan kepandaian Bukhari nampak semenjak masih kecil. Allah menganugerahkan kepadanya hati yang cerdas, pemikiran yang tajam dan daya hafalan yang sangat kuat, sedikit sekali orang yang memiliki kelebihan seperti dirinya pada zamannya tersebut. Ada satu riwayat yang menuturkan tentang dirinya, bahawasanya dia menuturkan; "Aku mendapatkan ilham untuk menghafal hadits ketika aku masih berada di sekolah baca tulis." Maka Muhammad bin Abi Hatim bertanya kepadanya; "saat itu umurmu berapa?". Dia menjawab; "Sepuluh tahun atau kurang dari itu. Kemudian setelah lulus dari sekolah aku pun bolak-balik menghadiri majlis hadits Ad-Dakhili dan ulama hadits yang lainnya. Ketika sedang membacakan hadits di hadapan murid-muridnya, Ad-Dakhili berkata; 'Sufyan meriwayatkan dari Abu Zubair dari Ibrahim.' Maka aku menyelanya; 'Sesungguhnya Abu Zubair tidak meriwayatkan dari Ibrahim.' Tapi dia mengherdikku, lalu aku berkata kepadanya, 'kembalikanlah kepada sumber aslinya, jika anda punya.' Kemudian dia pun masuk dan melihat kitabnya lantas kembali dan berkata, 'Bagaimana kamu bisa tahu wahai anak muda?' Aku menjawab, 'Dia adalah Az Zubair. Nama aslinya Ibnu 'Adi yang meriwayatkan hadits dari Ibrahim.' Kemudian dia pun mengambil pena dan membenarkan catatannya. Dan dia pun berkata kepadaku, 'Kamu benar.' Maka Muhammad bin Abi Hatim bertanya kepada Bukhari; "Ketika kamu membantahnya berapa umurmu?". Bukhari menjawab, "Sebelas tahun."

Hasyid bin Isma'il menuturkan: bahawasanya Bukhari selalu ikut bersama kami mundar-mandir menghadiri para masyaikh Basrah, dan saat itu dia masih anak kecil. Tetapi dia tidak pernah menulis (pelajaran yang dia semak), sehingga hal itu berlalu beberapa hari. Setelah berlalu 6 hari, kami pun mencelanya. Maka dia menjawab semua celaan kami; "Kalian telah banyak mencela saya, maka tunjukkanlah kepadaku hadits-hadits yang telah kalian tulis." Maka kami pun mengeluarkan catatan-catatan hadits kami. Tetapi dia menambahkan hadits yang lain lagi sebanyak lima belas ribu hadits. Dan dia membaca semua hadits-hadits tersebut dengan hafalannya di luar kepala. Maka akhirnya kami mengklasifikasikan catatan-catatan kami dengan berpandukan kepada hafalannya.

Permulaannya dalam menuntut ilmu

Permulaan beliau dalam menuntut ilmu di mulai semenjak sebelum menginjak masa baligh, dan hal itu di tunjang dengan peninggalan orang tuanya berupa harta, beliau berkata; 'aku menghabiskan setiap bulan sebanyak lima ratus dirham, yang aku gunakan untuk pembiayaan menuntut ilmu, dan apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik.

Dia bergegas mendatangi majlis-majlis ilmu, ketika dia sudah menghafal Al Qur’an dan menghafal beberapa karya tulis para ulama, dan yang pertama kali karya tulis yang beliau hafal adalah buku Abdullah bin Al Mubarak, buku Waki' bin al Jarrah dalam masalah Sunan dan zuhud, dan yang lainnya. Sebagaimana beliau juga tidak meninggalkan disiplin ilmu dalam masalah fiqah dan pendapat.

Rehlah beliau

Rehlah dalam rangka menuntut ilmu merupakan bahagian yang sangat dirasai dan sifat yang paling menonjol dari tabiat para ahlul hadits, karena posisi Bukhari dalam masalah ilmu ini merupakan satu kesatuan pada diri seorang ahlul hadits, maka dia pun mengikuti sunnah para pendahulunya dan dia pun meniti jalan mereka. Dia tidak puas dengan hanya menyemak hadits dari penduduk negerinya, sehingga tidak terelakkan lagi bagi dirinya untuk mengadakan dalam rangka menuntut ilmu, dia berkeliling ke negeri-negeri Islam. Dan pertama kali dia mengadakan perjalanannya adalah pada tahun 210 hijrah, yaitu ketika umurnya menginjak 16 tahun, pada tahun kepergiannya dalam rangka menunaikan ibadah haji bersama dengan ibundanya dan saudara tuanya.

Negeri-negeri yang pernah beliau masuki adalah sebagai berikut;

Khurasan dan daerah yang bersempadan dengannya

Bashrah

Kufah

Baghdad

Hijaz (Makkah dan Madinah)

Syam

Al Jazirah (kota-kota yang terletak di sekitar Dajlah dan eufrat)

Mesir

Bukhari menuturkan tentang rehlah ilmiah yang dia jalani; 'Aku memasuki Syam, Mesir dan al Jazirah sebanyak dua kali, ke Bashrah sebanyak empat kali, dan aku tinggal di Hijaz beberapa tahun, dan aku tidak bisa menghitung berapa kali saya memasuki kawasan Kufah dan Baghdad bersama para muhadditsin.

Guru-guru beliau

Imam Bukhari berjumpa dengan sekelompok kalangan atba'ut tabi'in muda, dan beliau meriwayatkan hadits dari mereka, sebagaimana beliau juga meriwayatkan dengan jumlah yang sangat besar dari kalangan selain mereka. Dalam masalah ini beliau bertutur; ' aku telah menulis dari sekitar seribu lapan puluh jiwa yang semuanya dari kalangan ahlul hadits.

Guru-guru imam Bukhari terkemuka yang telah beliau riwayatkan haditsnya;

Abu 'Ashim An Nabil

Makki bin Ibrahim

Muhammad bin 'Isa bin Ath Thabba'

Ubaidullah bin Musa

Muhammad bin Salam Al Baikandi

Ahmad bin Hambal

Ishaq bin Manshur

Khallad bin Yahya bin Shafwan

Ayyub bin Sulaiman bin Bilal

Ahmad bin Isykab

Dan masih banyak lagi

Murid-murid beliau

Al Hafidz Shalih Jazzarah berkata; ' Muhammad bin Isma'il duduk mengajar di Baghdad, dan aku memintanya untuk mensyarahkan (hadits) kepadaku, maka berkerumun lah orang-orang kepadanya lebih dari dua puluh ribu orang.

Maka tidaklah menghairankan kalau pengaruh dari majlisnya tersebut menciptakan kelompok tokoh-tokoh yang cerdas yang meniti manhaj, diantara mereka itu adalah;

Al imam Abu al Husain Muslim bin al Hajjaj an Naisaburi (204-261), penulis buku shahih Muslim yang terkenal

Al Imam Abu 'Isa At Tirmizi (210-279) penulis buku sunan At Tirmidzi yang terkenal

Al Imam Shalih bin Muhammad (205-293)

Al Imam Abu Bakr bin Muhammad bin Ishaq bin Khuzaimah (223-311), penulis buku shahih Ibnu Khuzaimah.

Al Imam Abu Al Fadhl Ahmad bin Salamah An Naisaburi (286), teman dekat imam Muslim, dan dia juga memiliki buku shahih seperti buku imam Muslim.

Al Imam Muhammad bin Nashr Al Marwazi (202-294)

Al Hafizh Abu Bakr bin Abi Dawud Sulaiman bin Al Asy'ats (230-316)

Al Hafizh Abu Al Qasim Abdullah bin Muhammad bin Abdul 'Aziz Al Baghawi (214-317)

Al Hafizh Abu Al Qadli Abu Abdillah Al Husain bin Isma'il Al Mahamili (235-330)

Al Imam Abu Ishaq Ibrahim bin Ma'qil al Nasafi (290)

Al Imam Abu Muhammad Hammad bin Syakir al Nasawi (311)

Al Imam Abu Abdillah Muhammad bin Yusuf bin Mathar al Firabri (231-320)

Karakter imam Bukhari

Meskipun Imam Bukhari sibuk dengan menuntut ilmu dan menyebarkannya, tetapi dia merupakan individu yang mengamalkan ilmu yang dimilikinya, menegakkan ketaatan kepada Rabbnya, terpancar pada dirinya ciri-ciri seorang wali yang terpilih dan orang shalih serta berbakti, yang dapat menciptakan karakteristik di dalam hati dan kedudukan yang mempesona di dalam jiwa.

Dia merupakan peribadi yang banyak mengerjakan salat, khusu' dan banyak membaca al Qur`an.

Muhammad bin Abi Hatim menuturkan: 'dia selalu melaksanakan salat di waktu sahur sebanyak tiga belas rakaat, dan menutupnya dengan melaksanakan salat witir dengan satu rakaat'

Yang lainnya menuturkan; ' Apabila malam pertama di bulan Ramadan, murid-murid imam Bukhari berkumpul kepadanya, maka dia pun memimpin salat mereka. Di setiap rakaat dia membaca dua puluh ayat, amalan ini beliau lakukan sampai dapat mengkhatamkan Al Qur’an.

Beliau gemar menafkahkan hartanya, banyak berbuat baik, sangat dermawan, tawaddu' dan wara'.

Peyaksian para ulama terhadap beliau

Sangat banyak sekali para ulama yang memberikan penyaksian di atas keilmuan imam Bukhari, diantara mereka ada yang dari kalangan guru-gurunya dan teman-teman sezaman dengannya. Adapun yang sezaman telah meninggalkan bukhari sampai saat ini, kedudukan imam Bukhari selalu bersemayam di dalam relung hati kaum Muslimin, baik yang berkecimpung dalam masalah hadits, bahkan dari kalangan awam kaum Muslimin sekali pun memberikan penyaksian atas keagungan beliau.

Di antara para tokoh ulama yang memberikan penyaksian terhadap beliau adalah;

'Abdan bin 'Utsman Al Marwazi berkata; 'aku tidak pernah melihat dengan kedua mataku, seorang pemuda yang lebih mendapat bashirah dari pemuda ini.' Saat itu telunjuknya diarahkan kepada Bukhari

Qutaibah bin Sa'id menuturkan; 'aku duduk bermajlis dengan para ahli fakih, orang-orang zuhud dan ahli ibadah, tetapi aku tidak pernah melihat semenjak aku dapat mencerna ilmu orang yang seperti Muhammad bin Isma'il. Dia adalah yang hebat pada zamannya seperti 'Umar di kalangan para sahabat. Dan dia berkata; ' kalau seandainya Muhammad bin Isma'il adalah seorang sahabat maka dia merupakan ayat.

Ahmad bin Hanbal berkata; Khurasan tidak pernah melahirkan orang yang seperti Muhammad bin Isma'il.

Abu Bakar bin Abi Syaibah dan Ibnu Numair menuturkan; kami tidak pernah melihat orang yang seperti Muhammad bin Ism'ail

Bundar berkata; belum ada seorang lelaki yang memasuki Bashrah lebih mengetahui terhadap hadits dari saudara kami Abu Abdillah.

Abu Hatim ar-Razi berkata: "Khurasan belum pernah melahirkan seorang putra yang hafal hadits melebihi Muhammad bin Isma'il, juga belum pernah ada orang yang pergi dari kota tersebut menuju Iraq yang melebihi kealimannya."

Muslim (pengarang kitab Sahih) berkata ketika Bukhari menyingkap satu cacat hadits yang tidak di ketahuinya; "Biarkan saya mencium kedua kaki anda, wahai gurunya para guru dan pemimpin para ahli hadits, dan pengajar hadits dalam masalah ilat hadits."

al-Hafiz Ibn Hajar yang menyatakan: "Andaikan pintu pujian dan sanjungan kepada Bukhari masih terbuka bagi generasi sesudahnya, tentu habislah semua kertas dan nafas. Ia bagaikan lautan tak bertepi."

Hasil karya beliau

Diantara hasil karya Imam Bukhari adalah sebagai berikut :

- Al Jami' as Sahih (Sahih Bukhari)

- Al Adab al Mufrad.

- At Tarikh ash Shaghir.

- At Tarikh al Awsath.

- At Tarikh al Kabir.

- At Tafsir al Kabir.

- Al Musnad al Kabir.

- Kitab al 'Ilal.

- Raf'ul Yadain fi ash Shalah.

- Birru al Walidain.

- Kitab al Asyribah.

- Al Qira`ah Khalfa al Imam.

- Kitab ad Dlu'afa.

- Usami ash Shahabah.

- Kitab al Kuna.

- Al Hbbah

- Al Wihdan

- Al Fawa`id

- Qadlaya ash Shahabah wa at Tabi'in

- Masyiikhah

Wafat beliau

Imam Bukhari keluar menuju Samarkand, Tiba di Khartand, sebuah desa kecil sebelum Samarkand, ia singgah untuk mengunjungi beberapa familinya. Namun disana beliau jatuh sakit selama beberapa hari. Dan Akhirnya beliau meninggal pada hari sabtu tanggal 31 Ogos 870 M (256 H) pada malam Idul Fitri dalam usia 62 tahun kurang 13 hari. Beliau dimakamkan selepas Salat Dzuhur pada Hari Raya Idul Fitri. Semoga Allah selalu merahmatinya dan reda kepadanya.

Disebalik Ujian Ada Hikmahnya

Tuesday, March 29, 2011
Suatu kisah yang berkenaan dengan CAWAN. Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.

Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu!", kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat" ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksudkan berbicara….

"Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahawa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mula memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, "Belum !" Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, "Belum !" Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, ' Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.

Pengajaran:

Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, dan penuh penderitaan sehingga mengalir air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'. Ternyata, sesuatu takdir yang Allah berikan kepada kita mempunyai hikmah tertentu. Janganlah kita berprasangka buruk terhadap apa yang Allah takdirkan kepada kita. Tidak ada manusia yang terlepas dari takdir Allah kerana tanpa ketetapan ini kehidupan manusia tidak akan pernah wujud. Sejak sebelum lahirnya manusia, Allah telah menetapkan takdir kita :

Firman Allah s.w.t di dalam surah al Hadid ayat 22 :
“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) Yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga Yang menimpa diri kamu, melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya; Sesungguhnya mengadakan Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.”

Mukmin diwajibkan mempercayai takdir, Keimanan terhadap takdir dimasukkan dalam rukun iman yang keenam, di mana harus diyakini oleh kaum Muslimin dan beriman pada takdir yang baik dan buruk. Penolakkan terhadap salah satu rukun iman menjadikan seseorang Mukmin cacat keimanannya dan membinasakannya, sedangkan tidak ada satu alasan pun yang mampu menolak ketetapan Allah dalam kehidupan ini. Kita mungkin boleh membuat perancangan, tapi kita tidak boleh memastikan secara mutlak bahawa rancangan itu akan berjalan seperti yang diinginkan. Seperti kata pepatah “ Manusia hanya mampu merancang, Tuhan juga yang menentukannya.” Jika manusia mempunyai kemampuan dalam menetapkan dan memilih, sudah tentu setiap orang mengetahui secara pasti nasibnya di masa akan datang. Padahal, seseorang yang paling optimis pun tidak mampu untuk memberitahu secara pasti bagaimana nasibnya di masa akan datang. Jadi, jangankan untuk menetapkan nasib, untuk mengetahuinya secara pasti pun kita tidak mampu. Ada pun Allah sajalah zat yang menetapkan segala sesuatu dan Allah bersifat Maha Mengetahui segala sesuatu.

Sebagai gambaran betapa lemahnya pengetahuan manusia terhadap nasib yang akan menimpanya, kita ikuti kisah ini yang mana salah satu bahagiannya bercerita tentang takdir. Mudah-mudahan mampu melengkapkan pengertian kta mengenai takdir :

Terdapat seorang pemuda yang mencari seorang guru agama, seorang ustaz atau sesiapa pun yang mampu menjawab tiga pertanyaannya. Akhirnya si pemuda bertemu seorang yang bijak lalu dia pun bertanya,
“Siapa tuan? Bolehkah tuan menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?”
“Saya hamba Allah dan dengan izinnya saya akan berusaha menjawab pertanyaan tuan.” Jawab orang bijak itu.
“Tuan yakin? Bahkan profesor dan banyak orang cerdik pandai tidak mampu menjawab pertanyaan saya.”
“Saya akan cuba mengikut kemampuan saya.”
“Saya punya tida pertanyaan,
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujud Tuhan kepada saya?
2. Apa yang dinamakan takdir?
3. Kalau syitan diciptakan dari api kenapa dimasukkan ke neraka juga dibuat dari api, tentu ianya tidak menyakitkan bagi syaitan, sebab keduanya memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak berfikir sejauh itu?”
Tiba-tiba si bijak menampar pipi anak muda itu dengan keras. Pemuda itu tentu saja terkejut yang amat sangat.
“Kenapa anda marah pada saya?” Tanyanya sambil memegang pipinya yang terasa sakit.
“Saya tidak marah, tamparan itu adalah jawapan saya untuk ketiga-tiga pertanyaan tuan.” Jawab si bijak dengan tenang.
“Saya kurang faham.” Si pemuda berasa hairan.
“Bagaimana rasanya tamparan saya?”
“Tentunya sakit.”
“Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?”
“Tentu saja.”
“Tunjukkan pada saya wujudnya sakit itu!”
“Saya tidak boleh.”
“Itulah jawapan saya atas pertanyaan pertama tuan. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudNya.”
“Apakah malam tadi tuan ada bermimpi akan menerima tamparan dari saya hari ini?” Tany si bijak lagi.
“Tidak.” Si pemuda menggeleng.
“Itulah yang dinamakan takdir.”
“Dari apa tangan saya diciptakan yang saya gunakan untuk menampar tuan tadi?” Si bijak kembali bertanya.
“Dari kulit.” Jawab si pemuda.
“Dari apa pula pipi tuan diciptakan?”
“Dari kulit juga.”
“Bagaimana rasanya tamparan saya?”
“Sakit.”
“walaupun syaitan dan neraka sama-sama terbuat dari api, neraka tetap menjadi tempat yang menyakitkan bagi syaitan.”

Seperti itulah takdir dan kita sama sekali tidak mengetahui apa yang telah ditetapkan untuk kita pada hari esok. Kita hanya mengetahui ketetapanNya yang sedang atau telah terjadi. Adapun Allah mengetahui apa yang telah, sedang dan akan terjadi atas diri kita. Allah yang menetapkan semuanya dan Allah juga lebih mengetahui rahsia di sebalik ketetapanNya. Walaupun takdirnya sering menimpa dengan tiba-tiba tanpa dijangkakan, kita tidak perlu menyesalinya. Walaupun ketetapanNya sangat berat dan menyakitkan, kita tidak perlu rasa bersalah kerana tidak ada yang perlu disalahkan dari takdir. Kitalah yang perlu menanganinya dengan bijak untuk kebaikan masa hadapan.

Usahlah kita bersedih dengan dugaan yang telah menimpa kita, jika kita tetap juga bersedih! Tanya diri kita, apakah kesedihan kita akan menyebabkan apa yang hilang itu kembali pada diri kita? Sudah tentu tidak! Malah kesedihan itu menyebabkan diri kita semakin susah dan tertekan. Jadi relakan saja dan katakan, “Segala-galanya berasal dari Allah dan kepadaNya jualah dikembalikan.” Bukankah dengan demikian perasaan kita akan menjadi tenteram? Kita tidak perlu menyibukkan diri dengan apa yang sudah berlalu dan kita boleh fokuskan perhatian pada apa yang ada di hadapan kita. Al Quran telah menyatakan bahawa Allah menetapkan itu semua supaya kita tidak bersedih hati terhadap apa yang menimpa. Semua itu sudah digariskan olehnya, tidak perlu terbawa-bawa dalam kesedihan dan berputus asa. Apa yang sudah terjadi biarlah terjadi dan kembalikan segala urusannya kepadanya kerana Allah lebih mengetahui sebab dan hikmah berbagai peristiwa di sekitar kita. Jadi berhentilah menangis, relakan apa yang baru saja menimpa dan beramallah untuk waktu-waktu yang ada terbentang di depan kita.

Jangan lupa bahawa cubaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk kita. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Kita akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk kita untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat).

Ingatlah! Setiap yang mengakui beriman kepada Allah, pasti akan diuji olehnya. Firman Allah di dalam surah Al Ankabut ayat 2 :

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?”

Wallahu A'lam..

Perihal Berzikir Dengan Keras/Kuat

Friday, March 18, 2011

Surah Al ‘Araf ayat 205

وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ وَلَا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ

Ertinya : “Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.”

Penjelasan : Sebab tersilap faham ayat tersebut, seseorang akan tertanya-tanya : Bolehkah kita berdzikir dan berdoa dengan memekik ataupun meninggikan suara sedangkan ayat tersebut melarang kita berbuat demikian?

Oleh yang demikian untuk menjelaskan ayat yang tersebut di atas kenalah mengetahui dan memahami sebab turunnya dan kaitannya dengan ayat sebelumnya.

Ayat sebelumnya adalah ayat 204 Surah al-‘Araf iaitu ayat

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Ertinya, “Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.”

Imam An-Naisabury di dalam kitabnya [1] berkata :

عن أبي هريرة في هذه الآية: {وَإِذَا قُرِىءَ ٱلْقُرْآنُ} قال:
نزلت في رفع الأصوات وهم خلف رسول الله صلى الله عليه وسلم، في الصلاة.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah sebab turun ayat yang tersebut adalah katanya, “Turun ayat ini pada mengangkat suara sedang mereka (sahabat) di belakang Rasulullah (saw) di dalam sembahyang.”

وقال قتادة: كانوا يتكلمون في صلاتهم في أول ما فُرِضت، كان الرجل يجيء فيقول لصاحبه: كم صليتم؟ فيقول كذا وكذا. فأنزل الله تعالى هذه الآية.
Berkata Qatadah pula “Adalah mereka (sahabat) pada ketika itu bercakap-cakap di dalam sembahyang mereka di awal-awal sembahyang itu difardhukan. Adalah pada ketika itu seorang lelaki datang maka ía berkata kepada sahabatnya “Sudah berapa kamu sembahyang, maka kata (sahabatnya) begini dan begitu, maka Allah Ta‘ala menurunkan ayat ini.

وقال الزُّهْرِي: نزلت في فتى من الأنصار كان رسول الله عليه السلام كلما قرأ شيئاً قرأ هو، فنزلت هذه الآية
Berkata pula al-Zuhri , “Turunnya (ayat ini) pada seorang pemuda dari kaum al-Ansar. Pada ketika itu bilamana Rasulullah membaca sesuatu dari al-Qur‘an maka pemuda itu turut membacanya maka turunlah ayat ini”.

وقال ابن عباس: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم قرأ في الصلاة المكتوبة، وقرأ أصحابه وراءه رافعين أصواتهم، فخلطوا عليه. فنزلت هذه الآية.
Berkata pula lbnu al ‘Abbas , “Bahawasanya Rasulullah membaca di dalam sembahyang fardhu dan para sahabat membaca di belakang Rasulullah dengan meninggikan suara maka bercampur baurlah suara-suara mereka, maka turunlah ayat ini.”

وقال سعيد بن جبير ومجاهد وعطاء وعمرو بن دينار وجماعة: نزلت في الإنْصَات لإمام في الخطبة يوم الجمعة.
Menurut Sa’id bin Jubair , dan Mujahid dan ‘Atha dan ‘Amr bin Dinar dan sekumpulan ulama, menyatakan turun ayat ini pada perintah diam bila imam berkhutbah pada hari Jumaat.

Dengan penjelasan tersebut dapatlah kita fahami maksud ayat 205 rnemerintahkan agar, ingatlah Tuhan di dalam hati dalam keadaan rendah diri dan takut dan bukan dengan suara keras, asal maksud perintah tersebut adalah ketika di dalam sembahyang berjamaah agar tidak nengganggu jamaah yang lain lebih-lebih lagi kepada imam.

Namun mengenai berzikir dengan suara yang keras para ulama menjelaskan, harus berzikir dengan suara yang kuat, keras dan harus memekik tetapi dalam keadaan pekikan yang hendaklah dikawal sehingga tidak memudharatkan diri.

Di antara ulama yang mengharuskan jahr (menguatkan atau mengeraskan suara sekalipun di dalam masjid) adalah al-Imam Jalaluddin as-Sayuthi . Beliau menyatakan di dalam kitab [2] beliau seperti berikut:

Seseorang bertanya kepada beliau, “Sudah terbiasa para ulama sufi mengadakan majlis dzikir dan menguatkan suara di masjid-masjid dan mengangkat suara dengan tahlil, adakah itu makruh atau tidak?”

Beliau (Imam Sayuthi ) menjawab, “Sesungguhnya tidak makruh pada yang demikian. Terdapat hadis yang banyak menyatakan galakan/sunat menguatkan suara dengan dzikir. Terdapat juga hadis-hadis mengalakkan/mensunatkan memperlahankan berdzikir dan terdapat juga hadis-hadis yang mengalakkan/mensunatkan himpunan kedua-duanya sekali menguat dan memperlahankan berdzikir. Dan itu adalah berlain-lainan dengan berlain-lainannya hak dan keadaan dan orang-orang yang berkenaan.”

Imam Bukhari telah meriwayatkan suatu hadis yang bermaksud : "Abdullah Ibnu Abbas RA telah memberitakan sesungguhnya menyebutkan kalimah-kalimah zikir secara nyaring selepas selesainya para makmum daripada solat lima waktu telah berlaku semenjak zaman Nabi SAW lagi. Berkata Abdullah Ibnu Abbas lagi: "Aku hanya mengetahui para Sahabat RA telah selesai melaksanakan solat fardhu setelah aku mendengar mereka berzikir secara nyaring."

Hadis ini juga disokong dengan satu lagi riwayat daripada Imam Bukhari yang berbunyi: Daripada Abdullah Ibnu Abbas RA,katanya: “Sesungguhnya aku mengetahui selesainya Rasulullah SAW daripada solat fardhu dengan ucapan takbir (secara nyaring).”

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani ketika mengulas kenyataan Abdullah Ibnu Abbas telah berkata : "Hadis ini menjadi dalil harus berzikir secara nyaring selepas solat fardhu lima waktu. Berkata Imam al-Nawawi: "Imam al-Syafi'e dengan berdasarkan hadis ini telah memberikan pendapat bahawa para imam disunatkan menyebut kalimah-kalimah zikir secara nyaring selepas solat fardhu lima waktu dalam tempoh waktu tertentu saja dan bukannya dilakukan secara berterusan dan selamanya,setiap kali selesai solat lima waktu.

Al-Hafiz Ibn Rejab telah mengulas dengan panjang lebar mengenainya didalam kitabnya Fathu al-Baari.Hadis ini juga telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hambal dengan sedikit penambahan terhadap lafaz hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari iaitu maksudnya: "Sesungguhnya para Sahabat RA, apabila imam yakni Rasulullah SAW dan mereka selesai memberi salam daripada solat fardhu,mereka akan bertakbir sebanyak 3 kali."

Dan adapun yang mengatakan bahawa Nabi dan para sahabat hanya membaca wirid dengan suara kuat dan lantang sewaktu mengajar makmum. Mereka lakukan demikian itu untuk maksud mengajar zikir kepada para hadirin.

Mereka mengatakan “Demikian ditegaskan oleh asy-Syafie seperti yang dinukilkan oleh imam an-Nawawi di dalam kitab al-Majmuk dan kitab al-Um.” dan ini menjadi dalil bagi golongan mereka untuk mengatakan bahawa asy-Syafie sendiri yang mengatakan bahawa berzikir selepas solat dengan mengeraskan bacaan ialah apabila ketika mengajarkan kepada makmum sehinggalah mereka sudah mengetahui apa yang dizikirkan maka diperlahankan zikir tersebut :

Golongan mereka hanya mengambil ayat yang hujung dan menyembunyikan ayat permulaan, ayat yang hujungnya berbunyi :

عن أبي الزبير أنه سمع عبد الله بن الزبير يقول كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا سلم من صلاته يقول بصوته الأعلى لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير ولا حول ولا قوة إلا بالله ولا نعبد إلا إياه له النعمة وله الفضل وله الثناء الحسن لا إله إلا الله مخلصين له الدين ولو كره الكافرون قال الشافعي : وهذا من المباح للامام وغير المأموم قال وأي إمام ذكر الله بما وصفت جهرا أو سرا أو بغيره فحسن

“Daripada Abi Zubair r.a sesungguhnya telah mendengar akan Abdullah ibn Zubair berkata : Rasulullah s.a.w. apabila selesai memberi salam daripada solatnya dan berkata dengan suara yang tinggi : لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير ولا حول ولا قوة إلا بالله ولا نعبد إلا إياه له النعمة وله الفضل وله الثناء الحسن لا إله إلا الله مخلصين له الدين ولو كره الكافرون dan berkata asy-Syafie : dan ini diharuskan bagi imam dan makmum dan mana-mana Imam yang berzikir dengan memuji-muji Allah bersama-sama sifat-sifat yang telah disebutkan dalam hadis ini atau dengan sifat-sifat yang tidak disebutkan dalam hadis ini,selepas solat fardhu lima waktu,sama ada secara nyaring atau perlahan,maka semuanya itu adalah suatu amalan yang baik."

Dan adapun ayat permulaan petikan kata-kata Imam al-Syafi’e yang berbunyi:

وأختار للامام والمأموم أن يذكر الله بعد الانصراف من الصلاة ويخفيان الذكر إلا أن يكون إماما يجب أن يتعلم منه فيجهر حتى يرى أنه قد تعلم منه ثم يسر فإن الله عزو وجل يقول ولا تجهر بصلاتك ولا تخافت بها يعنى والله تعالى أعلم الدعاء ولا تجهر ترفع ولا تخافت حتى لا تسمع نفسك

Petikan kata-kata Imam al-Syafi'e inilah yang digunakan oleh mereka yang mendakwa,tidak boleh berzikir dengan nyaring selepas solat fardhu lima waktu.mereka langsung tidak cuba mendedahkan kata-kata Imam al-Syafi'e sebelumnya yang mengharuskan bagi Imam dan para makmum berzikir dengan nyaring.Cuma pada pendapat Imam al-Syafi'e, yang sebaiknya zikir-zikir tersebut dibaca dengan perlahan,kecuali dengan tujuan mengajar para makmum mengenai zikir-zikir yang sunat dibaca selepas solat fardhu.

tidak ada satu pun pendapat daripada Imam al-Syafi'e atau daripada ulama-ulama lain yang bermazhab Syafi'e atau pendapat daripada mazhab-mazhab lainnya yang menghukumkan berzikir secara nyaring selepas solat fardhu adalah suatu amalan Bidaah yang menyesatkan.hanya golongan yang terpengaruh dengan fahaman khawarij moden sahaja yang sanggup menghukumkan sedemikian.

Dan adapun kenyataan Al-Imam Ibnul Qayyim di dalam kitab Zadul-Ma’ad.: “Imam berdoa sesudah salam dari solat sambil menghadap kiblat atau menghadap makmum tidak pernah dikerjakan oleh nabi yang bertindak sebagai imam dan tidak ada pula sesuatu riwayat yang menyuruh kita mengerjakan demikian.” telah disangkal dengan hadith yang diriwayatkan oleh

Imam Bukhari daripada Samurah bin Jundub RA yang berbunyi "Adalah Nabi SAW apabila selesai daripada solat, akan memalingkan mukanya ke arah kami."Al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani di dalam kitabnya Fahtu al-Baari ketika mengulas hadis ini telahl berkata: Gaya bahasa hadis Samurah RA ini, dari segi zahirnya menunjukkan sesungguhnya Nabi SAW apabila selesai solat, sentiasa berpaling dengan menghadapkan mukanya ke arah makmum.

Hadis ini telah dikuatkan oleh hadis riwayat Imam Muslim daripada Samurah juga katanya: Adalah Nabi SAW apabila selesai sahaja daripada solat Subuh,akan berpaling dengan menghadapkan mukanya ke arah para Sahabat RA sambil berkata: "Adakah sesiapa daripada kamu yang bermimpi semalam." Imam al-Nawawi ketika mengulas hadis ini berkata: "Hadis ini mengandungi dalil, disunatkan bagi imam solat fardhu, menghadapkan mukanya ke arah para makmum dan membelakangkan kiblah selepas selesai memberi salam daripada solat fardhu.Hadis ini juga menjadi dalil bahawa harus bagi seseorang itu duduk dengan membelakangi kiblah kerana mengajar ilmu pengetahuan kepada orang ramai dan yang seumpamanya.

Tulisan Imam Ibnu Qayyim yang merupakan pendapat peribadinya ini telah ditolak dengan hujah-hujah konkrit oleh al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fathu al-Baari melalui tulisannya yang bermaksud "Apa yang didakwa oleh Imam Ibnu Qayyim iaitu penafian secara umum, berdoa selepas solat fardhu lima waktu adalah ditolak.Ini kerana sesungguhnya telah wujud riwayat-riwayat yang sahih (yang menyatakan sebaliknya).Di antaranya ialah :


1. Riwayat daripada Mu'az bin Jabal yang menyatakan "sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda kepada Mu'az:"Wahai Muaz!Demi Allah! Sesungguhnya aku menyayangimu.Janganlah kamu meninggalkan doa berikut setiap kali selepas solat iaitu : Allah humma a'innie 'ala zikrika wa syukrika wa husni i'baa da tik"

2. Hadis Zaib bin Arqam yang berbunyi :”Aku telah mendengar Rasulullah SAW telah berdoa setiap kali selepas solat: Allahumma rabbana warabba kulli shai”

Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan al-Nasa'ie

Maka telah jelaslah mengenai zikir dan berdoa secara bersendirian mahupun secara kuat. Kedua-duanya adalah merupakan sunnah Baginda s.a.w. Walaubagaimanapun jika tidak mahu zikir/doa berjemaah janganlah dikatakan bid'ah. Dan janganlah pula kita beranggapan bahawa berzikir selepas solat secara kuat merupakan satu perkara yang wajib ataupun salah satu daripada kesempurnaan solat. Dan janganlah pula kita menghukumkan seseorang itu sebagai kafir dan sesat tanpa hak, jika ianya tidak benar, maka akan balik ianya pada batang hidng kita sendiri.

Dan akhirnya, saya kemukakan sedikit jawapan yang diberikan oleh Dr Wahbah az Zuhaili mengenai doa secara berjemaah :

Dr Wahbah az Zuhaili :

Dalam masalah ini terdapat perselisihan antara ulama, Imam Syatibi dan muridnya Abu Yahya Ibn Ashim dan Ibn qasim al qabab dari Malikiyah rahimahuLlah, kerana tidak pernah diketahui bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berdoa secara berjamaah. Dan hal itu sentiasa demikian sepanjang umur beliau kemudian para khalifah ar Rasyidun setelah beliau kemudian salafussalih.

Adapun yang dilakukan oleh kabanyakan ahli Sunnah di antaranya Ibn 'Irfah al Maliky dan jumhur fuqaha' mazhab berdasarkan apa yang disebutkan oleh Hakim di dalam Mustadraknya : Sahih isnad hadith yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bererti :

"Tidak berkumpul sekelompok orang lalu sebahagian mereka berdoa sementara yang lain mengaminkan kecuali Allah subhanahu wa ta'ala akan mengabulkannya."

Wallahu A’lam..

Penggunaan Lafaz Siyadah Bagi Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian A’lam. Selawat dan salam diucapkan ketas Nabi Muhammad s.a.w , Ahli Keluarga Baginda s.a.w , sahabat-sahabat Baginda s.a.w dan pengikut-pengikut Baginda s.a.w sehingga hari kiamat. Alhamdulillah dengan kudrat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t, maka buku kecil yang telah dikeluarkan oleh seorang ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah, Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki. Buku kecil yang bertajuk “SIYADAH” dapat saya keluarkan isi-isi yang merungkaikan masalah ‘siyadah’ yang menjadi salah satu daripada permasalahan agama. Oleh kerana itu, saya merasakan terlalu penting untuk kita semua tahu dalil dan hujah yang dikemukan oleh para Ulama dalam permasalahan ini. Maka dengan ini saya memohon keizinan untuk menyebarkan risalah kecil ini demi manfaat umat Islam hari ini, insyaallah.. [Yang menulis- Muhammad Firdaus Bin Abdul Hadi]

PENGGUNAAN LAFAZ SIYADAH BAGI RASULULLAH S.A.W.

Menyertakan kalimah ‘siyadah’ (ketuanan) ketika menyebut nama Rasulullah s.a.w. sama ada dalam percakapan atau tulisan adalah layak baginya kerana kedudukannya yang amat tinggi dan keistimewaannya dikurniakan syafa’at yang terlalu besar nilainya bagi umatnya sama ada di dunia atau di akhirat. Oleh kerana itu, tidaklah dan tidak sepatutnya nama Baginda s.a.w. disebut tanpa diawali dengan kata-kata penghormatan seperti ‘sayyiduna’ jika dibandingkan dengan kedudukan yang telah dikurniakan Allah kepadanya.

Al Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki r.a, seorang ulama masa kini yang terkenal begitu kuat mempertahankan Rasulullah s.a.w. mendatangkan beberapa dalil dan hujjah bagi menunjukkan keharusannya, sebagaimana katanya :

“Sayyiduna Muhammad s.a.w. adalah penghulu dan imam segala penduduk bumi dan langit sebagaimana diterangkan dengan jelas melalui hadith yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda :

اَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ

“Saya adalah sayyid (penghulu) anak Adam”

Baginda s.a.w telah menetapkan ketuanan bagi dirinya dan mengkhabarkan bahawa Baginda s.a.w. adalah penghulu bagi segala keturunan Nabi Adam a.s. serta ‘maula’ (tuan atau penolong) bagi seluruh kaum Mukminin. Secara pastinya, kita mengetahui bahawa Baginda s.a.w. tidak mengkhabarkan sedemikian melainkan supaya kita beriman dengannya dan mengamalkannya menurut ketetapannya. Iaitu, mengi’tiqadkan dan mengiktiraf ketuanannya dengan lisan sebagaimana Baginda s.a.w. mengkhabarkan bahawa Baginda s.a.w. adalah seorang rasul. Maka wajiblah beriman dengan kerasulannya dan mengakuinya dengan lisan.”

Hadith berkaitan ‘siyadah’ Rasulullah s.a.w. ini telah diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. ini telah diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. oleh Abu Hurairah, Abu Sa’id al Khudri, Abdullah ibn A’mru ibn A’s, Wathilah ibn al Asqa’, Abu Bakar al Siddiq, Jabir bin Abdullah, Anas ibn Malik, Abdullah ibn Salam, ‘Ubadah ibn Somit, Ibnu Abbas, Aisyah, al Hasan ibn Ali, Salamah ibn Kuhail, Huzaifah ibn al Yaman, Ummu Kurz dan Abu Musa r.a.

Diriwayatkan juga daripada Abi Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w :

اَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، وَأَوَّلُ مَنْ يَنْشَقُّ عَنْهُ الْقَبْرُ ، وَأَوَّلُ شَافِعٍ وَأَوَّلُ مُشَفَّعٍ

“Saya adalah sayyid (penghulu) anak-anak Adam pada Hari Kiamat, orang yang pertama dibangkitkan dari kubur, orang yang pertama memberikan syafa’at dan diizinkan memberi syafa’at.”

[Diriwayatkan oleh Muslim di dalam al Fadail dari kitab sohihnya (7/59)(2278) dan Abu Daud di Sunannya (4/218)(4673)]

Daripada Abdullah ibn Amru ibn ‘As r.a berkata : Sabda Rasulullah s.a.w. :

اَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ يَوْمَ القِيَامَةِ وَلاَ فَخْرَ ، وَبِيَدِيْ لِوَاءُ الْحَمْدِ وَلاَ فَخْرَ ، وَمَا مِنْ نَبِيٍّ يَوْمَئِذٍ آدَمَ فَمَنْ سِوَاهُ إِلاَّ تَحْتَ لِوَائِيْ ، وَأَنَا أَوَّلُ مَنْ تَنْشَقُّ عَنْهُ اْلأَرْضُ وَلاَ فَخْرَ

“Saya adalah sayyid (penghulu) anak-anak Adam pada Hari Kiamat dan tidaklah saya berbangga dengannya, di tangan saya terdapat Liwa’ al Hamdi dan tidaklah saya bermegah dengannya, tidaklah seorang nabi pada hari itu, Adam a.s dan selainnya melainkan kesemuanya berada di bawah benderaku, dan sayalah orang pertama yang akan dibangkitkan dari bumi ini namun saya tetap tidak bermegah dengannya.”

DALIL AL QURAN :

Bagi menguatkan lagi nas di atas dan menambah penjelasan, Allah melarang kita daripada memanggil Baginda s.a.w. dengan namanya semata-mata tanpa disertakan unsur ta’zim (membesarkan Baginda s.a.w.) sebagaimana firmanNya :

ﭿ النور: ٦٣

63. Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu; Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang di antara kamu Yang menarik diri ke luar (dari majlis nabi) secara berselindung dan bersembunyi. oleh itu, hendaklah mereka Yang mengingkari perintahNya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.

Sehubungan dengan itu, berkata Abu Nu’aim di dalam Dalail al Nubuwwah : “Antara kelebihan dan kemuliaan Rasulullah s.a.w. , Allah melarang manusia memanggil Rasulullah s.a.w. dengan namanya. Dikhabarkan tentang umat-umat yang lain, bahawa mereka berbicara atau memanggil nabi-nabi dan rasul-rasul mereka dengan nama-nama mereka sendiri, seperti perkataan mereka :

هود: ٥٣

53. Mereka berkata: "Wahai Hud! Engkau tidak membawa kepada Kami sebarang keterangan Yang membuktikan kebenaranmu, dan Kami tidak akan meninggalkan penyembahan tuhan-tuhan Kami Dengan sebab kata-katamu itu! dan Kami tidak sekali-kali percaya kepadamu!

الأعراف: ١٣٨

138. "Wahai Musa buatlah untuk Kami suatu Tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan". Nabi Musa menjawab: "Sesungguhnya kamu ini adalah kaum Yang jahil.

المائدة: ١١٢

112. "Wahai Isa Ibni Maryam! Dapatkah kiranya Tuhanmu berkenan menurunkan kepada Kami satu hidangan dari langit?" Nabi Isa menjawab: "Bertaqwalah kamu kepada Allah jika benar kamu orang-orang Yang beriman".

Allah s.w.t berfirman :

ﭿ النور: ٦٣ 4

63. Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu;

Maka dari ayat ini, Allah s.w.t menggalakkan mereka supaya memanggil Baginda s.a.w dengan panggilan Nabi dan Rasul sebagai memuliakan kedudukan Baginda s.a.w. yang tinggi dan menggembirakan Baginda s.a.w. yang dikhususkan oleh Allah dengan kemuliaan dan kelebihan ini diantara nabi-nabi dan rasul-rasulNya yang lain.

Ibnu Abbas r.a berkata dalam membahaskan tentang firman Allah s.a.w di atas :

“Pada mulanya mereka menyebut atau memanggil Baginda s.a.w. dengan panggilan, “wahai Muhammad! Wahai Abu al Qasim!” Lalu Allah menegah mereka memanggil Baginda s.a.w. sedemikian kerana membesarkan dan memuliakan Baginda s.a.w. Maka selepas itu, mereka memanggil Baginda s.a.w. dengan panggilan, “Wahai Nabi Allah! Wahai Rasulallah!”

Berkata Muqatil : “Janganlah kamu namakan Baginda s.a.w. ketika memanggilnya, “Wahai Muhammad!” Dan janganlah juga kamu memanggilnya, “Wahai Ibn Abdillah!” tetapi muliakanlah Baginda s.a.w. dengan panggilan, “Wahai Nabi Allah! Wahai Rasulallah!”. [Tasyrif al Azan karangan al Hafiz Ahmad ibn Muhammad ibn al Siddiq al Ghumari H:88]

Inilah makna yang disepakati oleh imam-imam kaum Muslimin dan fuqaha’ mazhab umat Muhammad s.a.w. mereka menggunakan ayat ini dengan makna ini bagi menunjukkan nas pengharaman memanggil Baginda s.a.w. dengan namanya.

Ditambah pula dengan nas melarang mengankat suara melebihi suara Nabi s.a.w. , Allah s.w.t berfirman :

الحجرات: ٢

2. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap Dengan setengahnya Yang lain. (larangan Yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.

Berkata Abu Muhammad al Makki mengulas “Iaitu, “Janganlah kalian berkasar dengannya dalam percakapan, janganlah kalian memanggil dengan namanya sahaja sebagaimana panggilan sesame kalian. Tetapi hendaklah kalian membesarkannya dan menghormatinya. Maka panggilah Baginda s.a.w dengan semulia-mulia panggilan yang disukai oleh Baginda s.a.w., “Wahai Rasulallah! Wahai Nabi Allah.”

Diantara maknanya lagi ialah mentaswidkan Baginda s.a.w. (memanggil Nabi dengan sayyid) ketika menyebut namanya.

Berkata Qadhi ‘Iyadh : Apa yang ditambah dalam riwayat, iaitu ‘maula’ dan ‘sayyid’, adalah baik sekalipun ia tidak dating daripada Nabi s.a.w. Ini bersesuaian dengan perintah supaya membesarkan dan memuliakan Baginda s.a.w.

RASULULLAH S.A.W. PENGHULU DI DUNIA DAN AKHIRAT

Tidaklah ketuanan Baginda s.a.w. ini hanya khusus pada Hari Kiamat sebagaimana yang difahami oleh sesetengah pihak dari sabdaan Baginda s.a.w. dalam beberapa riwayat:

اَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Saya adalah sayyid (penghulu) anak-anak Adam pada Hari Kiamat”

Tetapi Baginda s.a.w adalah penghulu mereka di dunia dan akhirat.

Imam Nawawi berkata di dalam Syarah Sohih Muslim : Sabda Baginda s.a.w. :

اَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، وَأَوَّلُ مَنْ يَنْشَقُّ عَنْهُ الْقَبْرُ ، وَأَوَّلُ شَافِعٍ وَأَوَّلُ مُشَفَّعٍ

“Saya adalah sayyid (penghulu) anak-anak Adam pada Hari Kiamat, orang yang pertama dibangkitkan dari kubur, orang yang pertama memberikan syafa’at dan diizinkan memberi syafa’at.”

Berkata al Harawi : Sayyid ialah orang yang mengatasi kaumnya dalam perkara kebaikan.

Berkata yang lainnya : Sayyid ialah orang yang dituju apabila berlaku suatu kesusahan, musibah atau bala bencana, lalu dia mengambil alih dan menanggung kesusahan dan perkara-perkara yang tidak mereka sukai serta berusaha menolak dan mempertahankan mereka daripadanya.

“TIDAKLAH AKU BERMEGAH DENGANNYA.”

Melihat kepada hadith-hadith yang berkaitan dengan tajuk ini, pada suatu masa, baginda s.a.w. menyatakan bahawa dirinya adalah sayyid (penghulu) anak Adam tetapi Baginda s.a.w tidak menyertakan penafiaannya berbangga dengan kedudukan itu. Manakala dalam hadith masyhur yang lain tetapi bukan riwayat Muslim, Baginda s.a.w. secara jelas menafikan sifat bangga dirinya.

Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki turut member ulasan yang cukup jelas dengan menyatakan sedemikian kerana dua factor :

Pertama : Melaksanakan dan mempraktikkan firman Allah s.w.t :

الضحى: ١١

11. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah Engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Kedua ; Ia termasuk dalam penjelasan yang wajib disampaikan kepada umatnya supaya mereka mengenalnya, mempercayainya dan beramal dengan segala hokum hakam yang disampaikannya serta menghormatinya sesuai dengan martabatnya sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.

Hadith ini adalah dalil yang menunjukkan kelebihan dan kemuliaan Nabi s.a.w. dari sekalian makhluk yang lain kerana di sisi mazhab Ahli Sunnah keturunan Adam (manusia) lebih mulia daripada malaikat dan Baginda s.a.w. pula adalah yang paling mulia dari seluruh keturunan Adam dan lain-lainnya.

Manakala hadith Nabi s.a.w :

لاَ تُفَضَّلُوْا بَيْنَ الأَنْبِيَاءِ

“Janganlah kalian melebihkan di antara para Nabi,”

Terdapat lima jawapan yang menjelaskannya :

1) Rasulullah s.a.w. mengungkapkan hadith ini sebelum mengetahui bahawa Baginda s.a.w adalah penghulu bagi seluruh anak Adam. Setelah Baginda s.a.w. mengetahuinya, Baginda s.a.w. mengkhabarkan perkara tersebut.

2) Baginda s.a.w. menyatakan sedemikian kerana beradab dan merendahkan diri.

3) Larangan ini hanyalah larangan melebihkan Baginda s.a.w. sehingga ke tahap mengurangkan dan merendah-rendahkan kedudukan orang-orang yang kurang darjat daripadanya.

4) Ini hanyalah larangan melebihkan Nabi s.a.w. sehingga membawa kepada permusuhan, pertelagahan dan fitnah sebagaimana yang masyhur disebut tentang sebab hadith ini diungkapkan.

5) Larangan ini hanya khusus dalam masalah ‘Tafdhil Nubuwwah’ itu sendiri kerana tidak ada tafadhul dalam perkara ini. Hanya yang ada perbezaan kelebihan, iaitu dari sudut khususiat dan kelebihan-kelebihan lain yang semestinya dipercayai kelebihan tersebut.

Allah s.w.t telah berfirman tentangnya :

البقرة: ٢٥٣

253. Rasul-rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian Yang lain (dengan kelebihan-kelebihan Yang tertentu). di antara mereka ada Yang Allah berkata-kata dengannya, dan ditinggikanNya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan.

DALIL GOLONGAN PEMBANGKANG DAN PENDUSTAAN MEREKA

Setelah dijelaskan sekian banyak dalil dari ayat al Quran dan hadith yang menunjukkan keharusan, galakan dan seruan menggunakan lafaz ‘siyadah’ bagi Nabi s.a.w. Maka jelaslah kepada kita dan tidak dapat disangkal lagi hak ketuanan Rasulullah s.a.w. yang sepatutnya dan selayaknya diberikan kepada Baginda s.a.w.

Namun apa yang dikesalkan, mereka yang menjunjung perintah Allah ini dihukum dan ditohmah hanya kerana menghormati dan memuliakan Rasulullah s.a.w. Mereka juga dikerasi dan dikasari kerana menjunjung kasih yang mendalam terhadap Rasul dan Nabi mereka. Allah s.w.t berfirman mengenai mereka :

الحجرات: ٣

3. Merekalah orang-orang Yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertaqwa; mereka beroleh keampunan dan pahala Yang besar.

Sudah tentu pengorbanan sebegini tidak mampu dilakukan oleh orang-orang yang memiliki hati yang keras dan aqidah yang menyeleweng.

Mereka juga menganggap golongan ini merupakan umat islam yang telah rosak dan tercemar kerana diperkotak-katikkan oleh syaitan.

Mengucapkan ‘sayyiduna’ atau ‘maulana’ kepada Nabi s.a.w. atau orang-orang soleh dianggap keterlaluan sehingga boleh mencacatkan ketauhidan kepada Allah s.w.t. Bahkan, ada di kalangan mereka yang menghukum kafir.

Percaya atau tidak, inilah realitinya. Dirakamkan di dalam kitab al Dhiya’ al Syariq pada halaman 56:

“Dilarang mengucapkan lafaz ‘sayyid’ bagi orang yang dii’tiqadkan bersifat ketuanan. Maka tidak boleh dipanggil, “ Ya Maulana! (Wahai Tuhanku!),” atau, “Wahai Sayyid Fulan!” Sesiapa yang berkata demikian adalah kafir.”

Di dalam Risalah yang pertama dari Rasail al Hadiyyah al Saniyyah pada halaman 28, manyatakan bahawa sesiapa yang berkata kepada seseorang, “Maulana! Sayyiduna!” maka dia adalah kafr.

Mereka menolak penggunaan ‘sayyiduna’ bagi nama Rasulullah s.a.w. kerana menganggap Rasulullah s.a.w. seperti manusia yang lain tanpa memiliki sebarang keistimewaan atau kelebihan dari yang lain.

Bagi menegakkan tegahan mereka, mereka bersandarkan kepada dua dalil yang salah:

1) Hadith maudhu’ lagi batil, iaitu ;

لاَ تُسَيِّدُوْنِيْ فِي الصَّلاَةِ

“Jangan menyebut sayyiduna pada namaku di dalam solat”

Ramai ulama’ yang memberikan penjelasan panjang lebar tentang pendustaan ini. Di antaranya, Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki menjelaskan di dalam kitabnya, Manhaj al Salafi fi Fahm al Nusus:

“Khabar ini dianggap oleh sebahagian manusia sebagai hadith Nabi s.a.w , sedangkan ia tidak sah dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w. kerana lahannya (bertentangan dengan kaedah nahu) yang buruk dan bahasanya yang salah. Maka sudah tentu ia tidak harus disandarkan kepada manusia yang paling fasih menyebut hurug ‘Dhad’, Rasulullah s.a.w :

Fe’il (kata perbuatan yang menunjukkan kepada makna sayyid) di dalam bahasa Arab bukannya سَيَّدَ tetapi ialah سَوَّدَ. Oleh yang demikian, sebahagian manusia memahaminya dengan makna ini, lalu mereka menyatakan bahawa lafaz hadith ini ialah :

لاَ تُسَوِّدُوْنِيْ فِي الصَّلاَةِ

“Janganlah kamu bersayyidina ketika menyebut namaku di dalam solat”

Tetapi, ini juga merupakan seteruk-teruk kebatilan, sebesar-besar penipuan dan pendustaan ke atas Sayyiduna Rasulullah s.a.w.

Sebahagian besar ahli hadith meletakkan khabar ini dalam kumpulan hadith maudhu’ (palsu) yang dicipta sebagai suatu penipuan ke atas Rasulullah s.a.w.

Al Imam Jalal al Din al Sayuti r.a pernah ditanya tentangnya dan beliau menjawab bahawa ia tidak datang daripada Nabi s.a.w. dan adalah batil, sebagaimana yang dinaskan di dalam kitab al Hawi.

Manakala al Hafiz al Sakhawi r.a. menyatakan di dalam al Maqasid al Hasanah bahawa ia tidak mempunyai asal. Demikian juga sebagaimana yang dnyatakan oleh Imam Jalal al Din al Mahalli, Syams al Din al Ramli, Ibnu Hajar al Haitami dan sebahagian fuqaha’ mazhab Syafi’e, Maliki dan Hanafi. Al Qari menunjukkan di dalam kitab Maudhu’aatnya tentang kebatilan khabar ini.

Begitu juga perkataan mereka :

لاَ تُعَظِّمُونِي فِي المَسْجِدِ

“Jangan membesarkan aku di dalam masjid”

Ia juga adalah batil.

Al Hafiz al ‘Ajluni berkata di dalam Kasyf al Khafa’ mengenai ucapan di atas : Al Sakhawi berkata di dalam al Maqasid: “Ia tidak mempunyai asal.”

Berkata al Naji pada bahagian awal maulidnya yang berjudul Kanz al ‘Afah: “Maka ia adalah suatu pendustaan yang dilahirkan dan diada-adakan.” (2/494)

2) Salah faham terhadap hadith di bawah :

Diriwayatkan daripada Abdullah ibn al Syikhkhir daripada bapanya, bahawa beliau pergi menemui Nabi s.a.w. dalam satu rombongan dari Bani ‘Amir, beliau berkata :

فَسَلَّمْنَا عَلَيْهِ، فَقُلْنَا: أَنْتَ وَلِيُّنَا، وَأَنْتَ سَيِّدُنَا، وَأَنْتَ أَطْوَلَ عَلَيْنَا طَوْلاً، وَأَنْتَ أَفْضَلَ عَلَيْنَا فَضْلاً، وَأَنْتَ الْجَفْنَةُ الغَرَّاءُ، فَقَالَ : قُوْلُوْا قَوْلَكُمْ وَلاَ يَسْتَجِرَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ، وَرُبَّمَا قَالَ: وَلاَ يَسْتَهْوِيَنَّكُمْ

“Maka kami pun mengucapkan salam ke atasnya. Kemudian kami berkata, “Engkau adalah pemimpin kami, engkaulah sayyid (penghulu) kami, engkaulah orang yang paling pemurah terhadap kami, engkaulah yang paling mulia dan engkaulah dermawan yang unggul.” Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, “Ucapkanlah ucapan kalian itu dan janganlah hendaknya syaitan dapat menyesatkan kalian.” Berkemungkinan Baginda s.a.w bersabda, “Janganlah hendaknya syaitan dapat menggoda kalian.”

[Riwayat Ahmad di dalam musnad (25/4) (15876)]

Dalam satu riwayat :

فَقُلْنَا : أَنْتَ سَيِّدُنَا، فَقَالَ : السَّيِّدُ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى، قُلْنَا : وَأَفْضَلُنَا فَضْلاً وَأَعْظَمُنَا طَوْلًا، فَقَالَ : قُوْلُوْا بِقَوْلِكُمْ أَوْ بَعْضِ قَوْلِكُمْ، وَلاَ يَسْتَجْرِيَنَّكُمُ الشَّيْطاَنُ

Maka kami berkata “Engkau adalah sayyid (tuan) kami. “ Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sayyid ialah Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi.” Kami berkata, “ Dan engkau adalah orang yang paling banyak kelebihan dari kalangan kami dan paling agung dengan sifat kemurahan dari kalangan kami.” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Ucapkanlah dengan perkataan kalian atau sebahagian dari perkataan kalian dan janganlah hendaknya syitan membawa kalian mengikut jalannya.”

[Riwayat Abu Daud dalam Sunan Abi Daud (4/254)]

Berkata guru kami Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki r.a. mengenai hadith di atas:

Sebahagian manusia memahami dari zahir hadith ini, bahawa tidak harus menggunakan lafaz ‘Sayyid’ bagi makhluk dan ia hanya dikhususkan bagi Khaliq (Pencipta). Bahkan, sebahagian mereka yang keras mengkufurkan orang yang menggunakan lafaz ‘Sayyid’ ini bagi makhluk. Ini merupakan perkataan yang batil dan bertentangan dengan Kitab dan Sunnah.

MAKNA SEBENAR SABDAAN BAGINDA S.A.W. “ALLAH ADALAH SAYYID” DAN KUPASAN ULAMA’ MENGENAINYA.

Berkata al Khattabi: Yang dimaksudkan dengan ‘sayyid’ yang ditegah oleh Nabi s.a.w digunakan baginya dalam hadith diatas ialah sayyid (tuan) yang hakiki iaitu Allah s.w.t, manakala makhluk kesemuanya adalah hamba Allah. Baginda s.a.w menegah mereka daripada memanggilnya dengan ‘sayyid’, dan disamping itu Baginda s.a.w. bersabda, “Aku adalah sayyid (penghulu) anak Adam”, hanyalah kerana mereka adalah kaum yang baru memeluk Islam. Maka sudah tentu, dalam keadaan masih baru mengenal Islam, mereka mengira bahawa ketuanan Baginda s.a.w. melalui pangkat kenabiaan atas sebab-sebab keduniaan, kerana mereka sendiri mempunyai ketua-ketua yang mereka muliakan dan besarkan serta ikuti perintahnya.

Sabda Baginda s.a.w , “Panggillah dengan panggilan kalian”, bermaksud dengan panggilan ahli agama kalian, dan “Panggilah aku nabi dan rasul sebagaimana yang Allah namakan aku dalam KitabNya. Jangan kalian namakan bagi ketua-ketua dan pembesar-pembesar kalian, dan janganlah kalian menjadikan aku sama dengan mereka kerana aku tidak seperti seorang pun dari kalangan mereka kerana kamu mempertuankan mereka atas sebab-sebab keduniaan, sedangkan aku menjadi ketua atau penghulu atas sebab-sebab nubuwwah dan risalah.”

Manakala Maulana Muhammad Yahya al marhum menulis di dalam al Taqrir tentang sabdaan Baginda s.a.w , “Sayyid adalah Allah” :

“Tegahan Baginda s.a.w. daripada mengucapkan perkataan ‘sayyid’ bagi dirinya di samping kelonggaran yang dberikannya bagi penggunaan kalimah tersebut hanyalah sebagai merendahkan dirinya yang mempunyai kedudukan yang tinggi. [Bazl al Majhud fi Hal Alfaz Abi Daud (19/62)]

Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki berpendapat berkemungknan tegahan Rasulullah s.a.w. ini berlaku sebelum diwahyukan kepadanya bahawa Baginda s.a.w. adalah penghulu anak Adam.

Wallahu A’lam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Makluman Kepada Para Pengunjung :

Sekiranya terdapat apa-apa kesalahan perkataan dan fakta di dalam artikel blog ini, dan terdapat mana-mana artikel saya yang menyinggung perasaan anda, maka saya terlebih dahulu memohon maaf di atas perkara tersebut.

Anda boleh memberi komen yang membina, teguran yang berhemah dan cadangan atau pendapat yang bernas terhadap mana-mana artikel di dalam blog ini.

Sebarang kata-kata kesat, menyimpang, lucah dan kata-kata yang bagi pendapat saya boleh menjatuhkan nama baik Islam akan di ban/delete dan tidak akan dilayan sama sekali.

Anda boleh menghantar artikel-artikel anda, iklan-iklan serta jaringan blog anda untuk di siarkan di dalam blog ini, dengan syarat ianya akan ditapis terlebih dahulu oleh admin blog ini.

Sebarang masalah atau apa-apa yang berkenaan diatas boleh dihantar terus ke email admin iaitu :
firdaus_hadi90@yahoo.com

atau boleh melayari facebook admin di bawah :




Ikhwani Fillah

Al Lauhah Ar Raie'ah

Lalu Lintas Pengunjung

Jumlah Bukaan